Berita

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6

Menteri Besar bersama rakyat

Written by Super User.

YAN – Sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, Menteri Besar Kedah tetap meluangkan masa untuk bertemu rakyat dan menyelami permasalahan mereka pada Majlis Jamuan Rakyat yang diadakan di Kampung Batas Ubi.

Majlis bersempena Program Mesra Rakyat Peringkat Daerah Yan itu dihadiri lebih 500 penduduk yang ingin melihat wajah pemimpin kesayangan mereka dengan lebih dekat lagi.

Kemesraan Menteri Besar Kedah dengan rakyat pada majlis itu tetap tergambar walaupun beliau adalah pemimpin nombor satu yang menerajui kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah.

Setiap permasalahan yang dikemukakan oleh rakyat yang hadir pada majlis itu akan diselesaikan dengan sebaiknya dalam usaha merapatkan hubungan antara Kerajaan Negeri dengan rakyat.

Selepas selesai majlis itu, Menteri Besar Kedah bersama rombongan ke Majlis Bersama RELA di Permatang Buluh. Pada sebelah malamnya, Menteri Besar Kedah bersama barisan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (EXCO) menunaikan solat Isyak dan jamuan makan malam bersama jemaah di Masjid Kampung Setar.

 

Scan QR KOD

kod1

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia-pngmscMyGovernmentmampu1JPAHRMISgov

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

168919
Hari IniHari Ini9
SemalamSemalam15
Minggu IniMinggu Ini3
Bulan IniBulan Ini193
KeseluruhanKeseluruhan168919

Kemaskini

Tarikh
General update: 19-05-2016 03:12