Berita

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6

THAIPUSAM : KEDAH ISYTIHAR 24 JAN CUTI PERISTIWA

Written by Super User.

6 Januari - Kerajaan Negeri Kedah mengisytiharkan 24 Januari ini sebagai cuti peristiwa negeri sempena sambutan Thaipusam oleh masyarakat India.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang mengumumkan perkara itu berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang berlangsung di sini hari ini.

Ditanya sama ada kerajaan negeri mahu mewartakan Thaipusam sebagai cuti umum, beliau berkata kuota untuk cuti umum di negeri ini telah pun penuh.

"Kita dah cukup (kuota cuti umum) jadi tak boleh nak gazet tambahan satu hari lagi, walaupun begitu kita ada kelonggaran umum cuti peristiwa," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di Wisma Darul Aman.

Beliau berharap pihak swasta akan turut sama mengikut keputusan yang kerajaan negeri dalam mengisytiharkan 24 Jan sebagai cuti peristiwa.

Scan QR KOD

kod1

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia-pngmscMyGovernmentmampu1JPAHRMISgov

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

167980
Hari IniHari Ini16
SemalamSemalam25
Minggu IniMinggu Ini31
Bulan IniBulan Ini660
KeseluruhanKeseluruhan167980

Kemaskini

Tarikh
General update: 19-05-2016 03:12