LESEN/ PERMIT

Written by Super User. Posted in Uncategorised

LESEN HIBURAN

PENGENALAN

( Enakmen Hiburan & Tempat-tempat Hiburan 1997 )

Terdapat 2 jenis permohonan Lesen Hiburan, iaitu :

1. Lesen Hiburan - Premis

2. Lesen Hiburan - Tiada Premis

Lesen Hiburan - Premis

Berikut adalah senarai hiburan yang termasuk dalam kategori di atas :

1. Billiard / Snooker

2. Bowling

3. Pawagam Mini ( Cineplex )

4. Karaoke

5. Kugiran & Nyanyian ( Live Band )

6. Pusat Hiburan Keluarga

7. Permainan Komputer

8. Mahjong Persatuan

9. Corong Muzik

10. Juke Box

11. Cyber Cafe

Pemohon yang ingin memohon lesen harus membuat surat permohonan kepada Bahagian Perlesenan Pejabat Daerah Yan. Bayaran bagi lesen yang mempunyai premis dibuat secara bulanan atau tahunan. Antara dokumen yang perlu diisi lengkap adalah seperti berikut :

1. Borang Permohonan Jadual A ( 5 salinan )

2. 5 keping salinan Kad Pengenalan pemohon. ( A4 )

3. 2 keping gambar pemohon berukuran pasport. ( Warna )

4. 5 keping salinan Pendaftaran Perniagaan ( SSM ).

5. 5 salinan Perjanjian Jual Beli / Sewa Bangunan / Geran ( Hakmilik ).

6. 5 salinan Pelan Lokasi dan Lantai Bangunan mengikut Pelan Bangunan yang telah diluluskan.

7. 5 keping salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan ( disahkan ) dan Senarai AJK bagi permohonan Lesen Mahjong Persatuan.

8. 5 keping senarai nama mesin permainan dan gambar mesin bagi permohonan lesen Pusat Hiburan Keluarga, simulator & permainan komputer.

Setelah semua dokumen lengkap diisi, sila kembalikan kepada pihak Pejabat Daerah Yan bagi proses seterusnya.

Setiap pemohon akan mendapat surat daripada pihak Pejabat Daerah Yan bagi memaklumkan samada permohonan diterima atau ditolak.

Lesen Hiburan - Tiada Premis

Berikut adalah senarai hiburan yang termasuk dalam kategori di atas :

1. Pementasan

2. Orkestra

3. Konsert

4. Akrobatik

5. Silap Mata

6. Bangsawan

7. Teater

8. Wayang Cina

9. Opera

10. Wayang Kulit

11. Wayang Tongkol

12. Expo

13. Pameran

14. Pentas Ria

15. Tinju

16. Silat

17. Dll.

Pemohon yang ingin memohon lesen harus membuat surat permohonan kepada Bahagian Perlesenan Pejabat Yan. Permohonan harus dibuat dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh pertunjukan. Antara dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :

1. Borang Permohonan Lesen Pertunjukan Pentas ( 5 salinan )

2. 5 keping salinan Kad Pengenalan pemohon ( A4 ).

3. 2 keping gambar pemohon berukuran pasport ( Warna ).

4. 5 salinan butir-butir pementasan.

5. 5 salinan butir-butir peserta yang mengambil bahagian.

Setelah semua dokumen lengkap diisi, sila kembalikan kepada pihak Pejabat Daerah Yan bagi proses seterusnya. Surat akan dihantar kepada pihak pemohon bagi memberitahu samada permohonan lesen diluluskan atau ditolak.

Makluman

Sebanyak 5 salinan diperlukan bagi setiap permohonan lesen kerana setiap permohonan perlu dihantar kepada jabatan teknikal untuk sokongan / bantahan :

Jabatan yang terlibat adalah :

1. Pejabat Daerah Yan

2. Majlis Daerah Yan Kedah

3. Ibu Pejabat Polis Daerah Yan - 2 salinan

4. Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Yan

5. Jabatan Kesihatan Daerah Yan

Bayaran

Bayaran bagi lesen hiburan adalah tertakluk kepada Jadual D Kaedah 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997. Jadi ianya berbeza-beza bagi setiap jenis hiburan. Bayaran akan dibuat setelah permohonan lesen diluluskan.

Scan QR KOD

kod1

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia-pngmscMyGovernmentmampu1JPAHRMISgov

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

167980
Hari IniHari Ini16
SemalamSemalam25
Minggu IniMinggu Ini31
Bulan IniBulan Ini660
KeseluruhanKeseluruhan167980

Kemaskini

Tarikh
General update: 19-05-2016 03:12