Berita

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6

Soalan Lazim

Written by Super User. Posted in Uncategorised

Apakah e-SINAR?
e-SINAR merupakan satu Sistem Pangkalan Data Kemiskinan Negeri Kedah Darul Aman secara 0n-Line yang merekodkan segala maklumat berkaitan ketua isi rumah (KIR) miskin di Negeri Kedah Darul Aman.

Kenapa e-SINAR diwujudkan?
Sistem ini diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman bertujuan bagi mengumpul data rakyat miskin di seluruh Negeri Kedah Darul Aman dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan.

Siapakah yang layak untuk mendaftar e-SINAR?
Pemohon yang layak mendaftar ialah Ketua Isi Rumah (KIR) yang terdiri daripada warganegara Malaysia dan menetap di Kedah. Pendapatan bulanan keluarga mestilah RM 720 ke bawah atau per kapita RM 180 ke bawah.

Dimanakah Borang daftar e-SINAR boleh diperolehi?
Borang daftar e-SINAR boleh diperolehi di pejabat Penghulu Mukim, Pejabat Daerah, Urusetia e-SINAR di Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah dan Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).

Borang yang telah lengkap diisi perlu diserahkan kepada siapa?
Borang yang telah lengkap diisi perlu diserahkan kepada Penghulu Mukim untuk pengesahan sebelum dihantar ke pejabat daerah untuk sokongan.

Apakah dokumen yang perlu dilampirkan bersama-sama Borang e-SINAR?
Dokumen yang diperlukan ialah salinan kad pengenalan atau salinan sijil kelahiran setiap ahli isi rumah serta penyata pendapatan (sekiranya ada).

Adakah salinan fotostat Borang e-SINAR diterima?
Borang daftar e-SINAR boleh dibuat salinan fotostat dan diterima. Borang daftar e-SINAR juga boleh dimuat turun dari laman web http://esinar.kedah.gov.my.

Jika pendapatan bulanan melebihi RM 720 tetapi mempunyai bilangan tanggungan ramai, adakah layak untuk memohon?
Anda layak mendaftar sekiranya pendapatan per kapita anda RM 180 ke bawah.Pendapatan per kapita dikira berdasarkan jumlah pendapatan bulanan isi rumah dibahagi dengan bilangan ketua isi rumah dan tanggungan.

Apakah bantuan akan disalurkan setelah mendaftar e-SINAR?
Daftar e-SINAR adalah usaha awal Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman untuk mengenal pasti keluarga miskin. Seterusnya, segala bentuk bantuan akan dirancang untuk meningkatkan tahap kesejahteraan dan sosioekonomi rakyat khususnya dari aspek pembangunan modal insan pendidikan, latihan kemahiran, peningkatan jati diri, keusahawanan, perumahan, kesihatan dan kebajikan. Matlamat Kerajaan Negeri Kedah ialah supaya tiada rakyat yang ketinggalan dari arus pembangunan dan dapat bersama-sama menikmati keselesaan dan kesejahteraan. e-SINAR adalah rujukan utama Kerajaan Negeri Kedah dalam mengeluarkan bantuan kepada keluarga miskin.

Bagaimana saya boleh memastikan nama saya telah didaftarkan ke dalam sistem e-SINAR?
Anda boleh membuat semakan di laman web e-SINAR http://esinar.kedah.gov.my dengan memasukkan nombor kad pengenalan.

Apakah peranan anda dalam membantu Daftar e-SINAR?
Anda boleh membantu program Daftar e-SINAR dengan mengenalpasti keluarga-keluarga yang layak mendaftar dan mengambil tindakan memaklumkan kepada penghulu mukim atau pejabat daerah di kawasan berkenaan.

Scan QR KOD

kod1

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia-pngmscMyGovernmentmampu1JPAHRMISgov

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

167980
Hari IniHari Ini16
SemalamSemalam25
Minggu IniMinggu Ini31
Bulan IniBulan Ini660
KeseluruhanKeseluruhan167980

Kemaskini

Tarikh
General update: 19-05-2016 03:12